KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan laporan sebuah portal berita yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan demonstrasi yang akan dilakukan Pemuda PAS di Kedutaan Sweden esok.
JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi laporan berita bertajuk “PM Anwar setuju demo Pemuda PAS di Kedutaan Sweeden esok lepas solat Jumaat” itu adalah palsu.
“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.
Semakan Bernama mendapati laporan itu telah dikeluarkan daripada portal berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial