EKONOMI

Measat buat MoU dengan Parcel365 dan M2B Services berkaitan inisiatif Digital Village365

27/01/2023 06:02 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- MEASAT Global Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parcel365 Sdn Bhd dan M2B Services Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam inisiatif Digital Village365. 

Syarikat-syarikat itu dalam satu kenyataan bersama hari ini menjelaskan inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan masyarakat luar bandar serta merangsang aktiviti ekonomi digital bagi komuniti B40. 

Parcel365 menawarkan perkhidmatan platform logistik dan e-dagang termasuk sesi latihan di lokasi hotspot WiFi berkelajuan tinggi CONNECTme NOW yang telah dikenal pasti oleh MEASAT.

Katanya, melalui perkhidmatan pengambilan serta penghantaran lokar pintar berasaskan aplikasi Parcel365, penduduk luar bandar mampu mengatasi cabaran kekurangan alamat yang sesuai untuk pengambilan dan penghantaran di kampung terpencil manakala platform sepemiliknya, Shopla365, menawarkan sokongan platform e-dagang termasuk penyelesaian perniagaan dan latihan. 

"Perkhidmatan ini akan dipermudahkan melalui hotspot CONNECTme NOW WiFi MEASAT yang dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi bagi membolehkan aplikasi digital yang merangkumi transaksi, komunikasi, latihan dan kes penggunaan lain yang berkaitan," katanya. 

Ketua Pegawai Komersial MEASAT Ganendra Selvaraj berkata kerjasama itu diharap dapat memperkenalkan penyelesaian logistik serta perniagaan Parcel365 kepada pelanggan CONNECTme NOW dan membolehkan potensi e-dagang pelanggan.

“Kami di MEASAT mempunyai kepercayaan teguh terhadap kuasa Ekonomi Digital serta keupayaannya untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar melalui penyediaan aliran pendapatan baharu yang mengoptimumkan produktiviti penduduk seperti jualan produk-produk makanan dan kraf yang unik. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan