JENAYAH & MAHKAMAH

Lapan termasuk empat pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan kes di Tawau

28/01/2023 09:55 AM

KOTA KINABALU, 28 Jan (Bernama) -- Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

"PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan. 

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan media diharap tidak membuat sebarang spekulasi terutama mengaitkan isu keselamatan di negeri ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan