DUNIA

Tahanan Teluk Guantanamo dihantar pulang ke Arab Saudi

09/03/2023 02:03 PM

WASHINGTON, 9 Mac (Bernama) – Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan pembebasan seorang jurutera Arab Saudi yang disyaki menjadi anggota Al Qaeda selepas serangan pengganas 11 September 2001 di New York dan Washington DC.

“Jabatan Pertahanan hari ini mengumumkan penghantaran pulang Ghassan Al Sharbi dari kemudahan tahanan di Teluk Guantanamo kepada kerajaan Arab Saudi.

  "Pada 4 Februari 2022, Lembaga Kajian Berkala (PRB) menentukan bahawa undang-undang penahanan perang secara berterusan terhadap Ghassan Al Sharbi untuk melindungi Amerika Syarikat daripada ancaman keselamatan tidak lagi diperlukan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pentagon.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin memberitahu Kongres pada 21 Sept 2022 tentang hasratnya untuk menghantar pulang Sharbi ke Arab Saudi.

Ghassan Abdullah al-Sharbi, 48, disyaki menjalani latihan menghasilkan bom untuk Al Qaeda dan telah ditangkap di Pakistan pada Mac 2002 tetapi tidak pernah dibicarakan.

Secara keseluruhan, 31 banduan masih berada di Teluk Guantanamo, termasuk 17 yang layak untuk dipindahkan, menurut Jabatan Pertahanan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan