AM

EAIC anjur pertandingan cipta video TikTok bertema integriti

13/03/2023 07:57 PM

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Kreatif TikTok kepada orang awam bermula hari ini hingga 1 April depan.

Menurut EAIC dalam kenyataan hari ini, pertandingan bertemakan “Integriti Dijulang Negara Bermaruah” itu bertujuan memperkasa kesedaran dan pemahaman mengenai nilai dan amalan integriti dalam masyarakat, selaras dengan fungsi Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. 

“Pertandingan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menyampaikan mesej dan pemahaman mengenai integriti dalam konteks kehidupan harian melalui aplikasi TikTok yang kini menjadi medium perkongsian dan komunikasi pelbagai lapisan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Menurut badan itu karya video mestilah memaparkan amalan terbaik integriti bersesuaian dengan tema.

Johan bakal meraih wang tunai RM1,000 manakala naib juara RM750 dan pemenang tempat ketiga RM500.

Maklumat lanjut berhubung pertandingan itu boleh didapati dengan melayari www.eaic.gov.my atau media sosial EAIC eaicofficial (Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan Tiktok) atau hubungi sekretariat pertandingan di talian 03 8880 5739 / 5720 / 5721.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan