AM

Aadk Adakan Sesi Lawatan Khas Keluarga, Penjaga Sempena Aidilfitri

18/04/2023 06:07 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) --Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan (RPDI) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri, selama seminggu, mulai 24 April ini.

AADK, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sesi lawatan tersebut secara bersemuka itu bertujuan merapatkan hubungan antara klien dan keluarga, mendapatkan sokongan moral dan emosi serta melihat sendiri perkembangan pemulihan yang mengikuti program  RPDI.

“Ia juga memberi ruang dan peluang antara keluarga atau penjaga dan klien untuk bertemu mesra serta sebagai pendekatan teraputik dalam menyokong pemulihan klien,” kata AADK.

Menurut AADK, keluarga atau penjaga yang ingin menyertai sesi berkenaan sehingga 1 Mei ini perlu menghubungi Pegawai Pemulihan di PUSPEN masing-masing menerusi panggilan telefon, mesej pesanan ringkas, WhatsApp, surat atau e-mel.

Orang ramai juga boleh menghubungi PUSPEN berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sesi tersebut atau menghubungi talian hotline Helo AADK di 1-800-22-AADK (2235) atau 019-626 2233 (WhatsApp) bagi mendapatkan khidmat nasihat atau aduan berkaitan permasalahan dadah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan