AM

Dua Lagi Maut, Jadikan Keseluruhan Enam Terkorban Dalam Nahas Di Kemaman

25/04/2023 12:11 AM

CHUKAI, 24 April (Bernama) -- Dua lagi maut dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh dekat sini hari ini yang telah mengorbankan empat orang, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam tragedi 3 Syawal itu kepada  enam orang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan ketika mengesahkan perkara tersebut berkata dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital manakala empat lagi mangsa maut di lokasi kejadian.

Terdahulu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kereta Proton Persona itu pada 4.47 petang tadi.

Katanya sejurus itu lima anggota dari BBP Cheneh dan enam anggota yang bersedia di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing bergegas ke lokasi.

“Kereta Proton Persona pertama yang dinaiki lapan individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.

Manakala kereta Proton Persona kedua pula dinaiki lima individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan