AM

ANAK MUDA PERLU MILIKI IDEALISME, ELAK JADI PAK TURUT - PM

24/05/2023 07:00 PM

LANGKAWI, 24 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu generasi muda yang bakal menjadi pewaris pimpinan negara mempunyai nilai dan idealisme untuk membawa perubahan kepada diri sendiri dan masyarakat. 

Anwar berkata idealisme itu dapat membantu anak muda mencari erti kebenaran dan keadilan sekali gus menolak sebarang bentuk kezaliman dan penindasan di negara ini.

“Sekarang saya memegang amanah, saya nak jadikan anak muda itu generasi baharu yang boleh berfikir, boleh menimba ilmu dan menilai dengan baik dan tahu apa itu mungkar, kezaliman, penindasan dan penipuan.

Sama ada orang politik, profesional dia tak peduli malah dia tak peduli parti mana pun. Kalau dia bersalah dia tetap bersalah...kerana dengan menilai benar atau tidak dan mengkaji, anak muda tidak mudah jadi pak turut atau ikut membuta tuli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Kolej Vokasional Langkawi, di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan