EKONOMI

KEUNTUNGAN 2022 CBP MELONJAK 20 PERATUS, TERTINGGI DALAM SEJARAH

11/06/2023 04:57 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi berjumlah RM103.43 juta iaitu yang terbanyak sejak penubuhan institusi perbankan tersebut sejak 1950.

 Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.

“Peningkatan keuntungan ini dipacu dengan pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan juga Pembiayaan Perumahan di samping pembiayaan koperasi dan korporat yang membantu keuntungan CBP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

 “Selain itu, CBP juga mencatatkan pertambahan aset yang tertinggi sebanyak RM7.73 bilion sehingga 31 Disember 2022 berbanding RM6.07 bilion yang disaksikan semasa tahun sebelumnya dengan kenaikan berjumlah 28 peratus,” katanya di dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Baharom turut berkata pengumuman dividen akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Insya-Allah kadar dividen yang dicadangkan kepada SKM adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu dan seiring dengan keuntungan yang telah dicapai pada 2022,”katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan