EKONOMI

KESAN POSITIF PERKHIDMATAN FINTECH KEPADA KOMUNITI YANG KURANG MENDAPAT AKSES KEWANGAN DAN PERBANKAN

26/07/2023 04:06 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama)--Akses kepada perkhidmatan kewangan adalah komponen asas dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial.

Malangnya,sebahagian besar penduduk global, terutamanya di negara pasaran baru muncul, masih kurang mendapat perkhidmatan atau terpinggir daripada perkhidmatan kewangan formal. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor penghalang, seperti tidak layak kerana berpendapatan rendah, kekurangan akses fizikal kepada infrastruktur perbankan dan kurang celik kewangan.

Lebih daripada 70 peratus rakyat Asia Tenggara adalah ‘underbanked dan unbanked’ iaitu kurang dan terhad atau langsung tidak mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan. 

Ini mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi kerana perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membentuk 69 peratus daripada tenaga buruh, dan komponen kritikal ekonomi Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, kajian pada 2021 mendapati lebih 60 peratus PMKS yang dikaji gagal mendapatkan pinjaman yang sangat diperlukan dan secara tidak langsung menyekat potensi pertumbuhan perniagaan mereka.  

Kurangnya keterangkuman kewangan juga akan menjejaskan kualiti hidup sebahagian besar penduduk. Kebanyakan mereka tidak mempunyai akaun bank dan berurusniaga secara tunai, menyukarkan mereka membina rekod kredit yang mana membolehkan akses kepada perkakasan kewangan formal untuk menjalankan urusniaga yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, peningkatan mendadak fintech di Asia, dan Asia Tenggara, dapat mengubah situasi ini dengan pantas. Kadar penembusan yang tinggi bagi peranti mudah alih dan internet di rantau ini, ditambah pertumbuhan kelas pertengahan, mewujudkan landasan mudah kepada syarikat permulaan fintech di Asia untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif. Dengan memanfaatkan teknologi digital dan mudah alih yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, syarikat fintech dapat menyediakan perkhidmatan kewangan kepada mereka yang sebelum ini terpinggir atau kurang mendapat perkhidmatan daripada saluran perbankan tradisional.

Menjadikan Pembiayaan Mudah Diakses

Kebangkitan fintech menyediakan penyelesaian inovatif kepada permasalahan yang sudah lama wujud. Selain menjadikan syarikat lebih cekap dalam menyediakan perkhidmatan kewangan, ia juga membuka jalan kepada sistem kewangan yang lebih mudah diakses dan telus, terutamanya untuk segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan di Asia.

Penyelesaian fintech seperti kemudahan perbankan mudah alih dan kredit mikro, mewujudkan peluang baharu untuk usahawan, pemilik perniagaan kecil dan individu berpendapatan rendah. Penyelesaian ini sesuai bagi memenuhi keperluan penduduk yang kurang mendapat kemudahan perbankan kerana ia lebih mudah diakses, berpatutan dan lebih mudah daripada perkhidmatan perbankan tradisional, selain membolehkan berjuta-juta individu mengakses perkhidmatan kewangan untuk pertama kalinya.

Untuk tujuan ini, ekosistem pembayaran rentas sempadan Boost yang dikuasakan oleh Boost Connect menghimpunkan pengguna dan perniagaan yang kurang akses perbankan di rantau Asia dengan rangkaian penyelesaian kami. Boost telah melancarkan “Direct Carrier Billing” (DCB)merentasi berbilang operator mudah alih di seluruh Asia. DCB menyediakan pilihan pembayaran yang mudah, selamat dan boleh diakses lebih satu bilion pengguna untuk membuat pembelian hanya dengan mengecaj kos ke bil telefon bimbit mereka.

Sebagai contoh, Boost bekerjasama dengan Robi, operator rangkaian mudah alih kedua terbesar di Bangladesh untuk membolehkan pembayaran digital melalui DCB. Ini membuka dunia kemungkinan baharu kerana penembusan kad kredit hanya 0.2 peratus di Bangladesh, manakala 47 peratus orang memiliki telefon pintar, setakat akhir 2021. Jadi walaupun ramai pengguna boleh mengakses produk dan perkhidmatan digital, mereka tidak mempunyai kaedah untuk membayarnya. Dengan penyelesaian DCB Boost, lebih 54 juta pelanggan Robi telah membayar belian digital mereka dengan hanya membuat bayaran melalui bil telefon mereka.

Mendalami keperluan pengguna yang kurang akses perbankan, penyelidikan dalaman Boost mendapati kebanyakan pelanggan di Asia Tenggara mempunyai transaksi kandungan digital yang tidak lengkap disebabkan baki prabayar yang tidak mencukupi. Penyelesaian inovatif Boost yang dipanggil Stretch telah dibangunkan untuk menangani isu ini dengan menyediakan kemudahan pinjaman kredit untuk membolehkan pelanggan melengkapkan pembelian kandungan digital mereka dan membayar balik pinjaman dalam kitaran nilai prabayar seterusnya. Stretch juga membenarkan Credit Advance (Pendahuluan Kredit) melalui DCB, memberikan pelanggan pengalaman yang lancar dalam transaksi digital mereka.

Teknologi Termaju dan Penyelesaian Mudah Untuk Golongan yang Kurang Akses Perbankan

Bagi perniagaan, penyelesaian fintech membuka jalan bagi keseluruhan segmen pengguna yang mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk membuat pembelian dengan mereka sebelum ini. Kerjasama antara ekosistem pembayaran rentas sempadan Boost dan perniagaan pembiayaan mikro dikuasakan AI, menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan untuk komuniti yang kurang mendapat akses perbankan di rantau ini. Produk ini direka bentuk untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan kecil, pengedar dan peniaga, yang sering bergelut untuk mengakses kredit dan pembiayaan daripada institusi kewangan tradisional.

Penyelesaian pembiayaan mikro ini termasuklah Invoice Financing untuk Pengedar, yang membolehkan pengedar membiayai invois kolektif mereka dengan membayar vendor terlebih dahulu; Supply Chain Financing untuk Rangkaian Peniaga, yang menyediakan pembiayaan pendahuluan kepada pengedar untuk membiayai pesanan inventori peniaga mereka; Capital X untuk Peniaga, yang menawarkan pinjaman modal kerja kepada perniagaan kecil untuk membantu mereka menguruskan keperluan aliran tunai jangka pendek mereka; Capital untuk Peniaga, yang menyediakan pinjaman modal kerja 12 bulan kepada perniagaan kecil yang dibayar balik melalui ansuran bulanan.

Secara keseluruhan, produk pembiayaan mikro ini membantu merapatkan jurang akses kepada kredit dan pembiayaan bagi penduduk yang kekurangan akses perbankan di rantau ini, daripada pengguna kepada PMKS. Memperkasakan kumpulan ini untuk mengembangkan perniagaan mereka, mencipta peluang pekerjaan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, Boost sebagai penggiat teknologi kewangan spektrum penuh serantau memberi inspirasi kepada mereka untuk tidak terhalang lagi.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan