EKONOMI

Boboiboy Galaxy Musim 2 Temui Peminat Pada Disember

21/08/2023 09:54 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- MONSTA, sebuah syarikat harta intelek yang juga francais bagi watak BoBoiBoy baru sahaja melancarkan iklan acah poster BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan bersedia untuk menaiki rollercoaster dalam perkadaran epik pada Disember ini.

Pengarah Pemasaran MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata Musim 2 siri animasi ini bersedia untuk memukau hati peminat di seluruh dunia apabila semua penonton sekali lagi dapat bersama-sama menyertai pengembaraan BoBoiBoy.

“BoBoiBoy Galaxy Musim 2 akan memberi tumpuan kepada pengembaraan susulan peristiwa filem kedua. Setiap set episod akan memperkenalkan arka baharu (plot), menyelami wilayah cabaran baharu yang belum dipetakan dan detik mengharukan dengan wajah baharu, sambil membawa kembali watak sedia ada.

"Usaha menggabungkan semua aspek ini diyakni merupakan penyumbang utama kejayaan berterusan francais. Dedikasi mereka terhadap kualiti dan kecemerlangan penceritaan memastikan Musim 2 akan menjadi pengalaman yang cemerlang, memukau penonton dari semua peringkat umur dan latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata MONSTA (dahulunya dikenali sebagai Animonsta Studios) berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam industri animasi dengan keberadaan di 70 negara di seluruh dunia.

“Walaupun tidak berada di layar perak sejak tayangan filem blockbuster kedua pada 2019 dan musim pertama pada 2016, francais Boboiboy terus mengumpul beribu-ribu pengikut di platform media sosial, meraih pelanggan YouTube dan diundi sebagai filem animasi tempatan kedua paling popular menerusi tinjauan pendapat terkini Anugerah TikTok 2023.

Beliau berkata kualiti dan penceritaan BoBoiBoy Galaxy Musim 2 diyakini akan memukau penonton dari semua peringkat umur dan latar belakang belakang.

“Jadi, jangan lupa pada Disember 2023 nanti, Monsta kembali setelah berehat selama lima tahun untuk tanyangan  memukau BoBoiBoy,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan