AM

Wong Chun Wai Pengerusi Baharu Bernama

13/09/2023 06:08 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept  (Bernama) -- Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini. 

Pelantilkan beliau ialah untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Ogos, 2025.

Wong, 62 menggantikan Datuk Ras Adiba Radzi yang telah tamat kontraknya pada 23 Jan lepas.

Penasihat Kumpulan The Star Berhad itu yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam industri media juga bukanlah seorang yang asing di Bernama.

Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengelola Bernama dari 2004 hingga 2010 dan Majlis Penyeliaan Bernama dari 2010 hingga 2014.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika membuat pengumuman itu hari ini turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Muhammad Jamil Hussin sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama dan empat ahli majlis itu, berkuat kuasa bagi tempoh sama.

Fahmi turut mengumumkan pelantikan 13 orang ahli baharu Lembaga Pengelola Bernama mewakili kerajaan dan akhbar tempatan, yang akan berkhidmat untuk tempoh sama.

 

Berikut senarai ahli Majlis Penyeliaan Bernama dan Lembaga Pengelola Bernama:

1.      Anggota Majlis Penyeliaan Bernama

i.        Yang Dipertua:

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Muhammad Jamil Hussin

 

ii.       Wakil Kerajaan Malaysia:

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi  Md Isa

iii.      Wakil Surat Khabar di Malaysia:

Pengarang Kumpulan New Straits Times Farrah Naz Abd Karim

iv.      Naib Canselor Universiti di Malaysia:

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman

v.       Anggota Tambahan:

Bekas Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong

 

2.      Lembaga Pengelola Bernama

i.        Pengerusi:

Datuk Seri Wong Chun Wai

 

ii.       Anggota mewakili Kerajaan

•        Kementerian Komunikasi dan Digital:

Anggota Tetap:

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Mastura Ahmad Mustafa

 

•        Jabatan Penyiaran Malaysia:

Anggota Tetap:

Ketua Pengarah Datuk Suhaimi Sulaiman

 

•        Jabatan Penerangan Malaysia:

Anggota Tetap:

Ketua Pengarah Datuk Mohd Sukari Ab Hamid

 

•        Kementerian Kewangan Malaysia:

Anggota Tetap:

Ketua Seksyen, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan Natrah Mohd Zahari

 

•        Kementerian Luar Negeri:

Anggota Tetap:

Ketua Setiausaha Datuk Seri Amran Mohamed Zin

 

•        Universiti Teknologi MARA:

Anggota Tetap:

Dekan, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman

 

iii.      Anggota Mewakili Akhbar:

•        The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad:

Anggota Tetap:

Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman

•        Star Media Group:

Anggota Tetap:

Timbalan Editor Eksekutif Mergawati Zul Fakar

 

 

•        Sin Chew Daily:

Anggota Tetap:

Ketua Pengarang Kuik Cheng Kang

 

•        Sinar Harian:

Anggota Tetap:

Ketua Pegawai Eksekutif Farah Hussamuddin

 

•        Borneo Post:

Anggota Tetap:

Ketua Pengarang Phyllis Wong Yang Yong

 

•        Daily Express:

Anggota Tetap:

Ketua Editor Datuk Sardahthisa James

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan