SHAH ALAM, 19 Sept (Bernama) -- Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini berada dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.
Beliau berkata laporan kredit pengguna CTOS di Malaysia menunjukkan peningkatan positif dalam purata skor sejak tiga tahun lalu iaitu daripada 663 kepada 678 skor.
“Jadi semakin tinggi skor bagi seseorang individu semakin tinggi peluang untuk mereka mendapatkan pinjaman,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Kekal Impian Sdn Bhd dan CTOS Data Systems di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Bhd, Erick Hamburger menyasarkan agensi pelaporan kredit itu mampu mencapai 3.3 juta pengguna yang berdaftar dengan platform itu menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata setakat ini syarikat itu mempunyai kira-kira tiga juta pengguna aktif bagi menyemak skor dan kelayakan kredit serta pengurusan kewangan mereka.
Katanya, sasaran itu mampu dicapai memandangkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dan menjadikan mereka lebih peka dengan transaksi kredit serta skor kewangan masing-masing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial