DUNIA

Majlis Kerjasama Teluk, Pakistan Tandatangan Perjanjian Perdagangan Bebas

29/09/2023 10:30 PM

ANKARA, 29 Sept (Bernama-Anadolu) -- Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis mendedahkan bahawa pihaknya menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Pakistan, lapor Agensi Anadolu.

Setiausaha Agung GCC Jasem al-Budaiwi dan Menteri Perdagangan Pakistan Gohar Ejaz "menandatangani perjanjian awal perdagangan bebas," menurut GCC di platform media sosial X.

Pakistan dan GCC telah menandatangani perjanjian rangka kerja untuk membincangkan pakatan perdagangan bebas pada Ogos 2004, tetapi hanya beberapa pusingan rundingan telah diadakan sejak itu.

Kedua-dua pihak menyambung semula rundingan pada 2021.

GCC dan Pakistan telah terlibat dalam rundingan untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas.

--BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan