AM

KERAJAAN SASAR 40,000 HAIWAN PELIHARAAN DI SARAWAK DIVAKSIN ANTIRABIES TAHUN INI

01/10/2023 03:34 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan sebanyak 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksinasi antirabies tahun ini bagi membendung penularan penyakit itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.

"Kes rabies di Sarawak sejak 2017 hingga kini melibatkan 949 ekor haiwan manakala kes yang menjangkiti manusia pula bagi tempoh sama sebanyak 72 kes dan menyebabkan 65 kematian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 bertemakan 'Rabies: Semua untuk 1, Satu Kesihatan untuk Semua' di Hospital Veterinar Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Chan berkata antara langkah pencegahan bagi membendung penularan panyakit itu termasuk menggalakkan pemilik haiwan peliharaan membuat pendaftaran vaksinasi antirabies secara sukarela serta memandulkan haiwan peliharaan mereka.

"KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan kerjasama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi berusaha keras untuk mencegah, mengawal dan membasmi penyakit tersebut sejak 2015," katanya.

Beliau berkata semua pihak dan lapisan masyarakat bertanggungjawab bagi menjayakan hasrat kerajaan itu supaya penyakit rabies dapat dibanteras sepenuhnya menjelang 2030.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan