DUNIA

Sekurang-kurangnya 3 Maut, 4 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Pusat Beli-belah Di Bangkok

04/10/2023 10:37 AM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 3 Okt (Bernama) -- Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Bangkok Post melaporkan, unit tindakan khas polis berjaya mengesan suspek.

Polis berjaya mengepung suspek di kawasan dekat dengan Hotel Siam Kempinski kira-kira pukul 5.10 petang, sebelum suspek menyerah diri.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan