POLITIK

Prk Pelangai: Cuaca Esok Diramal Cerah Pada Pagi, Ribut Petir Sebelah Petang

06/10/2023 11:53 AM

KUANTAN, 6 Okt (Bernama) -- Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, esok.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Nazian Zainal Abidin ketika dihubungi Bernama berkata ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di kawasan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari pengundian PRK DUN Pelangai yang bermula 8 pagi hingga 6 petang dengan sembilan pusat mengundi melibatkan 30 saluran akan dibuka.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. 

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan