AM

EMPAT LOKASI DIHIASI LUKISAN MURAL SEMPENA ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING

31/10/2023 04:16 PM

TAIPING, 31 Okt (Bernama) -- Empat lokasi terpilih iaitu bangunan Bee Poh, bangunan Persatuan Kwan Thung, Jalan Berek dan Zoo Taiping akan dihiasi dengan lukisan mural bersempena Sambutan ke-150 Ulang Tahun Bandar Taiping pada 2024.

Setiausaha Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia  (PVTTBM) Bahagian Negeri Perak Kase Ibus berkata kesemua lukisan mural itu ditaja oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Yayasan Hasanah dan projek lukisan mural itu dijayakan dengan kerjasama Syarikat Graffite Management.

"Setiap lukisan mural tersebut dilengkapi dengan teknologi terbaharu iaitu realiti terimbuh (AR) yang merupakan gabungan elemen digital interaktif iaitu gambar, bunyi, animasi, model 3D serta elemen-elemen interaktif ke dalam persekitaran dunia nyata.

"Penggunaan dan penambahan teknologi AR-Mural ini juga dijangka mampu memberi keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jejak Warisan Sejarah Bandar Taiping dan Taiping Heritage Trail yang disempurnakan Penasihat Yayasan Hasanah Tan Sri Norliza Rofli di sini hari ini.

Menurutnya kesemua lukisan mural itu dilaksanakan oleh artis tempatan yang mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun melukis mural di dalam dan luar negara.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan