AM

Peruntukan Kepada Pembangkang, Anwar Minta Bincang Dengan Baik

08/11/2023 05:43 PM

PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

"Bincang dengan baik, jangan sombong," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Sabtu lepas, Anwar meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: "Tiada".

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan