EKONOMI

Unit Siab Terima Loa Untuk Bangunkan Projek Kediaman Bernilai Rm106.80 Juta

27/11/2023 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Siab Holdings Bhd, Siab (M) Sdn Bhd (Siab M) telah menerima surat lantikan (LoA) daripada Murni Lapisan Sdn Bhd (MLSB) baru-baru ini bagi cadangan untuk membina projek kediaman di Pantai Sentral di sini, bernilai RM106.80 juta.

Projek itu terdiri daripada satu blok kediaman 32 tingkat yang mempunyai 336 unit pangsapuri dengan podium tempat letak kereta enam tingkat, satu tingkat kemudahan untuk penduduk dan dua unit pencawang elektrik.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, katanya tempoh projek adalah 34 bulan dengan tarikh mobilisasi pada 27 Nov dan tarikh bermula pada 12 Dis 2023.

Menurutnya projek oleh Siab M itu dijangka menyumbang positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 dan sepanjang tempoh projek.

Kontrak itu tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham terbitan dan struktur pegangan saham syarikat, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan