AM

Pergolakan Di Laukkaing, Myanmar: Persiapan Membawa Keluar Rakyat Malaysia Giat Dijalankan

29/11/2023 04:44 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kementerian Luar pada masa ini giat membuat persiapan  sewajarnya bagi proses membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, Myanmar susulan perang saudara sejak 27 Okt lepas.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan khas pada Jumaat lepas, bagi membawa pulang kesemua rakyat Malaysia terbabit.

“Pelaksanaan proses menyelamat itu bagaimanapun adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan oleh pihak berwajib di Myanmar dan China.

“Sebarang perkembangan mengenai proses menyelamat ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu media sebanyak 127 rakyat Malaysia telah dikenal pasti terkandas di Laukkaing sehingga kini, berikutan pergolakan di wilayah itu dengan kebanyakannya dipercayai adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan