AM

MILIKI THERMOMIX MENERUSI PEMBIAYAAN CBP

08/12/2023 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) dengan kerjasama True Mix Sdn Bhd menawarkan alatan memasak serba pintar Thermomix dengan pakej bayaran bulanan yang rendah melalui pembiayaan peribadi di institusi perbankan itu.

Ketua Pegawai Perniagaan CBP Mohd Rafis Makhtar berkata penyediaan pakej itu memberi segmentasi pasaran baharu CBP untuk pelanggan yang ingin memiliki Thermomix dan secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelanggan baharu bank itu.

“Dengan adanya pakej ini, pelanggan dapat memiliki Thermomix dengan bayaran bulanan yang sangat rendah kerana CBP menawarkan pakej yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan,” menurutnya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata kolaborasi itu juga akan membantu meningkatkan lagi keterlihatan jenama CBP melalui  demonstrasi penggunaan peranti Thermomix di setiap aktiviti pemasaran bank berkenaan.

Pengarah True Mix Sdn Bhd Jenny Ooi pula berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan CBP yang merupakan antara institusi perbankan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Kami percaya dengan adanya kolaborasi dengan CBP, pembiayaan Thermomix serendah RM3 sehari akan membolehkan lebih ramai lagi isi rumah untuk mampu memasak dengan lebih mudah dan memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat,” katanya.

Permohonan boleh dibuat di semua cawangan CBP dan maklumat lanjut mengenai pembiayaan itu boleh didapati di laman sesawang cbp.com.my.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan