DUNIA

Gencatan Senjata Di Gaza Penting Demi Tamatkan Pertumpahan Darah - Ketua Pengarah Who

11/12/2023 02:30 PM

GENEVA, 11 Dis (Bernama-Anadolu) -- Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata "tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud" ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.

Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa "semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan."

Lembaga eksekutif sebulat suara menerima pakai resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.

Resolusi itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan "kadar segera, berterusan dan tanpa halangan," termasuk akses untuk kakitangan perubatan.

Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan