AM

REMAJA DIKHUATIRI LEMAS SELEPAS HILANG DI TALI AIR

15/12/2023 11:09 PM

KUANTAN, 15 Dis (Bernama) -- Seorang remaja berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohamad Amirul Haikal Che Jaafar, yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dilaporkan kali terakhir dilihat pada 3.50 petang. 

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah diaktifkan sejak petang tadi," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau di sini, difahamkan ke tali air itu bersama enam rakan.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan