AM

Banjir Di Perak Pulih, Mangsa Di Kelantan Terus Menurun

21/12/2023 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Perak pulih sepenuhnya, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan berkurangan malam ini.

Di PERAK, PPS terakhir iaitu Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan di daerah Hilir Perak yang menempatkan 39 mangsa daripada 10 keluarga, ditutup sepenuhnya pada 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri yang juga Timbalan Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak berkata penutupan itu dibuat setelah mendapat nasihat dan meneliti keadaan kawasan banjir yang beransur baik, dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

PPS tersebut sebelum ini menempatkan penduduk dari kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra. 

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir termenung di jajahan Pasir Mas terus berkurangan kepada 2,316 orang daripada 729 keluarga di sembilan PPS setakat 8 malam ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, jumlah itu menurun berbanding 3,077 orang daripada 957 keluarga di 10 PPS seperti yang direkodkan pagi tadi.

Kesemua mangsa berlindung di Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan