AM

Ramanan Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Kepada Rakyat Malaysia

09/02/2024 12:08 AM

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R.Ramanan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang akan meraikan perayaan itu pada Sabtu ini.

Beliau menerusi satu hantaran video berdurasi kira-kira 10 saat di Facebook yang dikongsikan malam ini turut berharap agar segala yang dihajati oleh rakyat Malaysia akan tercapai pada tahun ini.

"Zhu da jia Gong Xi Fa Cai, wan shi ru yi, xin xiang shi cheng (diucapkan kepada semua Gong Xi Fa Cai, semoga semua yang anda hajati tercapai dan semoga memperoleh segala yang anda inginkan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh.

Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Feb 2024, Tahun Naga antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, Feng Shui tahun ini bakal membawa perubahan yang besar.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan