BERITA TERGEMPAR | PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | |
IPOH, 12 Feb (Bernama) -- Tiga remaja lelaki yang juga tiga sekawan dikhuatiri lemas dalam satu insiden di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari dekat Pantai Remis hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Darma, 14, Sarath, 16, dan seorang lagi rakan mereka berusia 16 tahun dipercayai lemas ketika sedang memancing dan mandi-manda di sungai tersebut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.26 petang.
Katanya sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis telah dikerahkan ke lokasi kejadian serta tiba pada 4.03 petang.
"Ketua operasi (Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Hanafi Mohamed Rasidi) mengarahkan anggota membuat pencarian di kawasan sekeliling atau pencarian di permukaan air dan bacaan air sungai ketika ini pada paras 2.37 meter iaitu air pasang.
"Kawasan kejadian berada dalam ladang sawit iaitu dua kilometer dari jalan besar yang hanya sesuai bagi kenderaan pacuan empat roda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu liputan Government Integrated Radio Network (GIRN) yang lemah di kawasan itu antara cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial