DUNIA

Tentera Ukraine Berundur Dari Avdiivka - Ketua Komander Syrskyi

17/02/2024 12:58 PM

KYIV, 17 Feb (Bernama-Agensi) -- Tentera Ukraine dilapor berundur dari bandar Avdiivka ekoran peperangan yang telah berlanjutan selama berbulan-bulan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Berdasarkan situasi semasa di sekitar Avdiivka untuk mengelakkan pengepungan dan menjamin keselamatan serta nyawa anggota tentera kami, saya memutuskan untuk menarik balik unit kami dari bandar ini dan sebaliknya mengukuhkan pertahanan di kawasan lain," menurut hantaran ketua komander Ukraine yang baharu Oleksander Syrskyi di Facebook dan di platform X, pada Sabtu.

Sementara itu, menurut Sputnik yang memetik Agensi Berita UNIAN, tentera Ukraine telah pun meninggalkan Avdiivka.

Tentera Ukraine di Avdiivka dilaporkan berdepan kekurangan bekalan peluru.

Avdiivka yang terletak di pinggir utara bandar Donetsk merupakan kubu kuat tentera Ukraine.

-- BERNAMA-AGENSI 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan