JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Perancis Sesat Di Taman Negara Pulau Pinang

20/02/2024 09:52 AM

BALIK PULAU, 20 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang semalam memaklumkan mangsa telah sesat.

"Berikutan itu pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi.

Beliau berkata mangsa yang boleh dihubungi menerusi telefon bimbitnya ditemukan pada 1.22 pagi dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya seramai 17 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau terlibat dalam operasi itu yang tamat sepenuhnya pada 4.58 pagi ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan