DUNIA

Israel Nafikan Akses Banyak Misi Bantuan Yang Dirancang Ke Utara Gaza - Pbb

21/02/2024 01:43 PM

ISTANBUL, 21 Feb (Bernama-Anadolu) -- Israel telah menafikan akses kepada lebih separuh daripada misi yang dirancang oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, kata agensi itu pada Selasa.

Menerusi hantaran di platform X, UNRWA berkata sejak awal tahun 2024, 51 peratus daripada misi yang dirancang oleh agensi itu dan rakan kemanusiaannya dalam menyampaikan bantuan dan menjalankan penilaian ke kawasan di utara Gaza pada tahun ini telah dinafikan akses oleh pihak berkuasa Israel, lapor Agensi Anadolu.

“Keterjaminan makanan di utara Gaza telah mencapai keadaan yang sangat kritikal,” kata UNRWA.

Agensi itu berkata pada 17 Nov tahun lepas penduduk di utara wilayah itu berada "di ambang kebuluran."

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas mengakibatkan kira-kira 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal manakala bilangan trak bantuan yang memasuki wilayah itu berkurangan berbanding sebelum konflik bermula.

-- BERNAMA-AGENSI ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan