AM

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 28 Feb

21/02/2024 06:44 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 28 Feb ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum, di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu melebihi harga siling ditetapkan,” menurut MOF. 

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan