DUNIA

Hospital Terapung Uae Mula Terima Pesakit Dari Gaza

26/02/2024 12:35 PM

ABU DHABI, 26 Feb (Bernama- Anadolu) -- Sebuah hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir, menurut Agensi Berita Emirates (WAM), lapor Agensi Anadolu.

Hospital dengan kapasiti 100 katil itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan yang lengkap, termasuk bilik pembedahan dan rawatan rapi, unit radiologi, makmal dan farmasi.

Ia dikendalikan oleh sepasukan 100 kakitangan perubatan dan pentadbiran yang merangkumi pelbagai kepakaran termasuk anestesia, pembedahan am, ortopedik dan perubatan kecemasan. 

Hospital terapung itu sebagai tambahan kepada Hospital Sahara yang dibuka di Gaza pada 3 Dis lepas mempunyai kemudahan untuk rawatan perubatan kecemasan dan kes-kes kritikal, seperti pelantar pendaratan helikopter dan bot.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan