JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Maut Selepas Kereta Dipandu Langgar Pembahagi Jalan

29/02/2024 10:52 AM

BUKIT MERTAJAM, 29 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 141 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, berhampiran Juru di sini, awal pagi hari ini.

R. Aravin, 26, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 pagi, dan sebaik tiba seorang lelaki ditemukan tersepit di ruang pemandu.

"Tindakan komander operasi ialah membuat "size up" dan dengan menggunakan peralatan khas "rescue tool" melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan lelaki yang tersepit itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan