KOTA BHARU, 11 Mac (Bernama) -- Seorang penganggur ditahan kerana memiliki 600 biji pil Yaba yang dianggarkan bernilai RM6,000 di tepi jalan kawasan sawah di Kampung Banggol Pak Esah, di Pasir Puteh, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria dalam kenyataan berkata lelaki berumur 21 tahun itu ditahan pada 9.10 malam tadi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Pasir Puteh.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki itu, polis menjumpai pil Yaba dan turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic.
“Hasil ujian saringan awal polis ke atas air kencing suspek mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Zaizul Rizal berkata suspek direman tujuh hari hingga 17 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial