POLITIK

Bersatu Serah Cadangan Pindaan Perlembagaan Parti Kepada Pendaftar Pertubuhan

11/03/2024 02:11 PM

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Parti Bersatu telah menghantar cadangan pindaan perlembagaan di bawah Fasal 10 Perlembagaan parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini. 

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini berkata dokumen berkaitan pindaan itu telah diserahkan kepada Ketua Pengarah ROS Datuk Mohd Zulfikar Ahmad di pejabat jabatan berkenaan di sini.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta kepimpinan tertinggi Bersatu yang lain.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lepas meluluskan pindaan berhubung perlucutan keahlian bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong pihak bertentangan dengan parti itu.

Pindaan itu melibatkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti, iaitu dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Pindaan itu dibuat selepas enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan