AM

Kejadian Pusaran Angin Seperti Puting Beliung Landa Lahad Datu

15/03/2024 09:40 PM

LAHAD DATU, 15 Mac (Bernama) -- Kejadian pusaran angin seperti puting beliung telah menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink  bangunan di Jalan Segama Industrial State, Batu 1 di sini tengah hari tadi dan fenomena tersebut  sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi terbabit. 

Rakaman video diambil orang awam  berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan pihaknya turut ke lokasi kejadian pada jam 2.40 petang.

"Berdasarkan saksi di tempat kejadian memaklumkan kejadian sebenar berlaku antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari dan  kejadian itu berlaku pantas, dalam tempoh antara tidak lebih daripada 60 saat.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu, " katanya.

Menurut Rohan Shah, pemeriksaan pihaknya mendapati  terdapat dua bangunan terjejas dan berlaku kerosakan pada beberapa bahagian bumbung deretan bangunan kedai.

"Polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam," katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian puting beliung itu namun nilai anggaran kerosakan masih belum diketahui.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan