AM

Naik Taraf Balai Polis Beserah Bantu Polis Bertugas Lebih Efisien

02/01/2025 02:53 PM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan projek baik pulih dan naik taraf Balai Polis Beserah di Kuantan, Pahang.

Ahmad Farhan berkata usaha itu amat penting bagi memastikan anggota polis dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien dan penuh dedikasi dalam persekitaran yang lebih kondusif.

“Alhamdulillah, selepas kunjungan saya ke Balai Polis Beserah pada Jun 2024 dan beberapa siri perbincangan (yang) telah diadakan, kerja baik pulih dan naik taraf Balai Polis Beserah akhirnya dimulakan pada Oktober 2024.

“Dengan sokongan penuh daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh hanya dua bulan, seperti dijadualkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Ahmad Farhan berkata projek itu bukan sahaja bertujuan untuk memperbaharu kemudahan di balai polis, tetapi juga memberi tumpuan bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti perkhidmatan anggota polis. 

Beliau berharap usaha naik taraf ini akan terus menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan