EKONOMI

TRAFIK INTERNET MALAYSIA MENINGKAT ENAM PERATUS PADA SUKU PERTAMA 2024 - CLOUDFLARE

17/04/2024 07:00 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023, menurut firma ketersambungan awan, Cloudflare.

Menerusi laporan sukuannya bertajuk Global Internet Trends and Insight, Cloudflare menjelaskan kesesakan trafik berasal dari Malaysia yang dapat dikurangkan semasa tempoh itu meningkat 19 peratus.

“Pada suku pertama 2024, Cloudflare memenuhi purata 23 bilion permintaan kandungan harian kepada Malaysia.

“Daripada permintaan harian itu, purata 929 juta atau empat peratus telah disekat sebagai serangan siber setiap hari, diklasifikasikan terutama sebagai serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS) berasal di Malaysia, peningkatan 19 peratus suku ke suku,” tambah firma itu.

Berkongsi maklumat lanjut mengenai DDoS, Cloudflare memaklumkan industri yang paling menjadi sasaran di Malaysia pada suku pertama 2024 termasuk perjudian, mata wang kripto, teknologi maklumat dan perkhidmatan serta penerbangan.

Pertahanan utama terhadap serangan lapisan aplikasi itu adalah peraturan tembok keselamatan aplikasi web (WAF) dan mitigasi DDoS, masing-masing menyumbang 48 peratus, menurutnya.

Cloudflare menjelaskan di peringkat rantau, trafik internet Singapura melonjak sebanyak 18 peratus suku ke suku pada suku pertama 2024, manakala kesesakan trafik yang dapat dikurangkan meningkat 55 peratus.

Firma itu juga menyekat purata enam bilion ancaman siber setiap hari yang menyasarkan Singapura, penurunan 24 peratus suku ke suku.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan