KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) -- Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam ini.
Mendiang berusia 79 tahun.
Perkara itu disahkan pegawai kepada anaknya Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Presiden PBRS dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Intergrasi Nasional) dan bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994.
Arthur, yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden PBRS pada Januari tahun lepas.
Jenazah dijadual dibawa pulang ke Sabah esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial