KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pakar mata Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial beliau malam ini.
Dalam perkongsian itu, Perdana Menteri berkata Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya beliau mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.
"Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan," katanya.
Anwar turut mendoakan keluarga Dr Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial