AM

MANGSA BANJIR DI TIGA NEGERI MENINGKAT SEDIKIT KEPADA 748 ORANG MALAM INI - NADMA

17/04/2024 11:43 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat sedikit kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534 mangsa, petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).

Di Negeri Sembilan, terdapat satu PPS yang diaktifkan iaitu di Port Dickson yang menempatkan 79 mangsa manakala di Melaka sebuah PPS dibuka di Alor Gajah membabitkan 55 mangsa, setakat 8 malam tadi.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Klang, Selangor dan Sungai Besut, Terengganu namun, kedua-dua sungai berkenaan merekodkan trend menurun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan