DUNIA

Inovasi Jadi Kuasa Penggerak Utama Pembangunan Ekonomi China - Imf

18/04/2024 12:51 PM

WASHINGTON, 18 April (Bernama-CMG) -- Inovasi telah menjadi kuasa penggerak utama bagi pembangunan ekonomi China, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Fiskal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Vitor Gaspar sempena Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Bank Dunia yang diadakan di sini, pada Rabu.

Beliau menyatakan bahawa China meletakkan inovasi dan kuasa produktif kualiti baharu di tempat keutamaan buat masa ini. 

"Mengutamakan inovasi adalah wajar kerana China telah melakar hasil cemerlang dalam sektor ini. 

"Misalnya dalam pengeluaran tenaga hijau, panel bateri tenaga solar dan kenderaan elektrik (EV), China telah mendahului dunia," kata Gaspar.

Menurut beliau kebanyakan negara di dunia sedang mencari penerokaan dalam sektor inovasi dan transformasi hijau serta rendah karbon pada masa ini, dan ia sekali gus mencerminkan pentingnya kerjasama global. 

"Kerjasama global amat penting dan kami percaya bahawa China akan memainkan peranan yang amat penting bagi menjayakan kerjasama global ini," kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan