JENAYAH & MAHKAMAH

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera - Nancy

18/04/2024 08:02 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Talian 15999 telah diperkenalkan tetapi rakyat perlu ada keberanian untuk melapor (kes penderaan), malah mereka (pengadu) juga tidak akan didedahkan nama. Apa yang penting supaya masalah itu dilapor dan kita boleh bertindak,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @ Antigangguan Seksual serta pelancaran Kempen “Zero Sexual Harassment on Campus” anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang maut dipercayai menjadi mangsa deraan bapa kandung dalam kejadian di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor pada Isnin lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan