BALIK PULAU, 19 April (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari Jejantas Sungai Tiram, Jalan Sultan Azlan Shah di Bayan Lepas, di sini semalam.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 4.10 petang, mangsa lelaki berusia 27 tahun yang menunggang sendirian itu sedang dalam perjalanan dari Bayan Baru ke rumahnya di Bayan Lepas.
"Apabila tiba di jejantas itu, motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum bergesel dengan penghadang jalan dan tercampak ke bawah jejantas.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 9.45 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial