POLITIK

Prk Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

20/04/2024 12:01 AM

BAGAN DATUK, 19 April (Bernama) -- Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan calonnya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Rabu lepas. 

" … sudah pasti setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan ada kaedah tersendiri untuk memastikan kemenangan calon," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di sini malam ini.

Rumah terbuka di di Kompleks UMNO Bagan Datuk itu dihadiri lebih 8,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. 

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan