AM

SULTAN PAHANG ZAHIR UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN HANIF OMAR

20/04/2024 12:32 PM

KUALA LUMPUR 20 April (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara.

“Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

 Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Jan 1994.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan