SUKAN

TRIPLE EIGHT JMR RAIH TEMPAT KE-10 DI SEPANG

20/04/2024 07:50 PM

SEPANG, 20 April (Bernama) -- Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim  bersama gandingannya Jordan Love meraih tempat ke-10 pada perlumbaan pertama GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. 

Berlumba pada litar basah selepas hujan lebat, Tunku Abu Bakar dan Love bersama pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) dengan memandu jentera Mercedes-AMG GT3 EVO mencatat masa satu jam dua minit 42 saat (s) selepas 26 pusingan. 

Tunku Abu Bakar berkata perubahan cuaca menjadi cabaran yang dihadapi ketika perlumbaan hari ini.

“Keadaan agak sukar hari ini terutama apabila trek berubah menjadi kering sepanjang tempoh perlumbaan.

“Perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah merupakan satu yang sukar. Kami fokus kepada perlumbaan dan akan cuba sedaya upaya mendapatkan keputusan terbaik,” katanya.

Tempat pertama disambar pasukan FAW Audi Sport Asia Racing Team diwakili Cheng Franky Congfu dan gandingannya Fong Adderly (1:01.54s) meninggalkan skuad VSR (1:01:56.621s) yang dipandu Ye Bian dan Edoardo Liberati di tempat kedua. 

Tempat ketiga dimenangi pasukan Origine Motorsport (1:01:58.877s) yang diwakili Yuan Bo dan Ye Leo Hongli. 

Pada perlumbaan kelayakan pertama sebelum itu, pasukan Triple Eight JMR lolos menduduki tempat kelima dengan catatan masa 2:04.355s manakala pusingan kelayakan kedua berada di kedudukan ketujuh dengan catatatan 2:03.28s untuk mara ke perlumbaan pertama. 

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berkenan berangkat ke SIC untuk menyaksikan puteranya Tunku Abu Bakar beraksi pada perlumbaan berprestij itu. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan