AM

DUA HELIKOPTER BERTEMBUNG DI PANGKALAN TLDM LUMUT, NASIB KRU BELUM DIKETAHUI - KP PERAK

23/04/2024 01:13 PM

IPOH, 23 April (Bernama) -- Dua helikopter dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata ketika kejadian helikopter sedang menjalani raptai sambutan sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung di pangkalan tersebut Mei ini.

"Setakat ini, mangsa terlibat masih belum diketahui, laporan lanjut akan menyusul,” katanya.

-- BERNAMA 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan