AM

ANGGOTA APM MENINGGAL DUNIA SELEPAS KOMA LEBIH 40 HARI

23/04/2024 01:10 PM

SEREMBAN, 23 April (Bernama) -- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang Muhammad Afiq Ammar meninggal dunia semalam setelah koma sejak 9 Mac lepas ketika menjalani latihan di Port Dickson.

Pengarah APM Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata Allahyarham Muhammad Afiq, 25, rebah ketika menjalani latihan sebagai calon pemilihan anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA). 

"Anggota ini rebah semasa sesi larian kira-kira tujuh kilometer, kemudian mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, namun setelah keadaan kesihatan semakin merosot, anggota itu dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah disolatkan di surau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) negeri, sebelum dibawa ke Pulau Pinang dengan van jenazah.

Menurut beliau, kursus disertai anggota itu bermula 9 hingga 10 Mac melibatkan beberapa anggota APM di seluruh negeri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan