JENAYAH & MAHKAMAH

DILARANG GUNA 'GAJET', KANAK-KANAK CUBA TERJUN BANGUNAN

23/04/2024 07:13 PM

IPOH, 23 April (Bernama) -- Dipercayai tertekan kerana dilarang menggunakan 'gajet' atau peranti komunikasi, seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dipercayai cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz dekat Kampar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 pagi dan setiba di lokasi kejadian kanak-kanak tersebut masih berada di atas bumbung sebuah bangunan dua tingkat setinggi kira-kira empat meter dalam keadaan berdiam diri.

“Anggota kami berjaya memujuk dan membawa turun kanak-kanak itu. Difahamkan, kanak-kanak itu ingin pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kampar disebabkan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan 'gajet' dibawa ke situ,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa pulang oleh keluarganya ke kediaman mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan